Thursday, March 7, 2013

Huh?

- Doa agar Allah bantu kita pilih pilihan yang terbaik buat kita untuk setiap hari.
- Doa agar Allah sentiasa berkati masa kita.
- Soleh dan Musleh tu datang sekali, tak patut ada soleh sahaja tapi tak ada musleh and vice versa.
- Everydays planning kena ada, aaaaaaaaaa


Alhamdulillah, perkara yang dapat dipelajari within this week. Moga Allah kuatkan hati ini untuk lakukan dan laksanakan semuanya, aamiin. 

Saturday, February 2, 2013

Keep Calm

وَلِرَبِّكَ فَاصْبِرْ
Dan kerana Tuhanmu, bersabarlah. Al-Muddassir[74:7]
See,"Dan kerana TUHANmu, bersabarlah." Nampak tak dekat situ? Tak nampak? Hahaha. Okay let see, mostly kalau kita ditimpa ujian or musibah, kita bersabar. Tapi untuk apa kita bersabar? Sometimes kita rasa "oh sabar sabar, nanti ada benda yang lagi baik mendatang yang Allah akan bagi." Tengok, kat situ kita sabar untuk tunggu for something good to come, bukan totally Lillahi ta'ala. Yep, in my opinion, benda ni tak salah, sebab kita tetap percaya dengan janji Allah, but Allah dah bagi guide dekat kita untuk bersabar kerana Dia, totally hanya kerana Dia, InshaAllah Allah akan bantu selebihnya. Apa kata kita sama-sama cuba untuk bersabar totally kerana Allah hu ta'ala je? hehe.

 Nak tahu tak, sebenarnya sabar tu limitless? Jom kita ambil contoh dari Nabi kesayangan kita, Muhammad Sallallah hu 'alaihi wasallam. Tengok betapa baginda bersabar bersabar walaupun dibaling dengan batu oleh penduduk Taif ketika ingin menyampaikan dakwah. Baginda tolak tawaran malaikat untuk terbalikkan bukit tersebut, malah mendo'akan kebaikan buat mereka (penduduk Taif). Subhanallah. Haaa kita macam mana? Cuba kalau ada orang baling batu dekat kita, sampai berdarah-darah, kita buat apa? Rasanya ada yang sekali tengok ada berdiri kat situ. Lepas kelip je tinggal selipar je, tuannya dah pergi hambat orang yang baling batu tu. @@". Segala perbuatan yang Nabi Muhammad (sallallah hu 'alaihi wasallam) tu sunnah right? So apa lagi? Jom sama-sama (sekali lagi ajak) kita ikut apa yang dia buat, iaitu cuba untuk bersabar dengan segala ujian tanpa ada batas/limit. Bukan takat bersabar je, tapi mendoakan kebaikan untuk orang lain jika kita teraniaya.

 Sangat susah untuk buat benda ni, (yes, i admit it) T__T. Tapi tak susah kalau kita betul-betul nak kan? Mindset je yang kena kuat. InshaAllah kita sama-sama boleh buat. Kalau Rasulullah (sallallahu 'alaihi wasallam) boleh buat, kenapa tidak kita? Let's change it slowly! (and step by step of course).

 Moga diberi kekuatan dan dipermudah segala urusan. Aamiin.

 p/s: oh yeah, and sorry for the mixing of language (or "bahasa rojak"). Need to "Think" in english, going to take an english test. Tidak mengapa wahai Bahasa Melayu, tidak akan pernah ku lupakan dikau untuk digunakan dalam kehidupan seharian ku ini~ aaaiii~  

Tuesday, December 11, 2012

www

Internet. Sebenarnya. Sangat. Menakutkan. . . Cuma ramai yang je tak tahu. Yeah, hari-hari yang kita selalu surfing tu cuma atas permukaan laut je. Tapi dalam dasar dia, kita tak tahu ada apa. (@___@" ) *gulp* Mohon Allah lindungi kita dari kejahatan manusia. Aamiin.