Saturday, May 28, 2011

Hari guru 2011

Assalamualaikum warahmatullah.


Dah lama jugak aku tak update blog. Maaf lah, EXAM WEEK lah kata kan. :P

Anyway, alhamdulillah sambutan hari guru 2011 berjalan dengan lancar. Tahniah buat pelajar tingkatan 4 kerana menjayakan satu program yang cukup bermakna buat semua Guru, tak terlepas jugak buat warga One Seven. Aku tak tahu, selama aku sekolah dekat sini - 5 tahun, sambutan hari guru yang ni lah, aku rasa paling bermakna buat aku. Mungkin sebab tahun terakhir di sekolah ni (?). Hahaha.

Tahniah juga kepada Tingkatan 5 yang buat persembahan untuk guru tersayang, kenapa tak ajak aku? hahaha.
Oh, alhamdulillah jugak video yang aku dan kawan aku buat berjalan dengan lancar, walau pun ada sedikit masalah teknikal, tapi, aku panjatkan syukurku setinggi-tingginya kepada Allah, sebab tolong aku dan beberapa orang yang lain bertungkus-lumus menjayakan video ni. Memang rasa berbaloi lah balik lambat segala,tidur lambat segala, kena marah segala. Haha. And 1st sekali aku nak ucapkan berjuta terima kasih kepada guru-guru yang sanggup luangkan masa sebentar untuk video ni, beribu terima kasih kepada warga One Seven yang setia membantu untuk menajayakan video ni dan juga terima kasih kepada kawan aku sorang ni, Mohd Fitri Masaan. Kalau tak ada dia aku rasa memang tahun ni tak ada video ni.

Ini lah videonya, :)




Mungkin sampai sini je kot post aku, harap kita dapat jumpa lagi dalam post seterusnya.

p/s : Oh,gambar bawah ni : Ni lah office aku nak edit vedio buat guru-guruku yang aku sayang :D. Tak seberapa pun.


Ditulis Oleh:
Varden-

2 comments: