Nak tahu tak, sebenarnya sabar tu limitless? Jom kita ambil contoh dari Nabi kesayangan kita, Muhammad Sallallah hu 'alaihi wasallam. Tengok betapa baginda bersabar bersabar walaupun dibaling dengan batu oleh penduduk Taif ketika ingin menyampaikan dakwah. Baginda tolak tawaran malaikat untuk terbalikkan bukit tersebut, malah mendo'akan kebaikan buat mereka (penduduk Taif). Subhanallah. Haaa kita macam mana? Cuba kalau ada orang baling batu dekat kita, sampai berdarah-darah, kita buat apa? Rasanya ada yang sekali tengok ada berdiri kat situ. Lepas kelip je tinggal selipar je, tuannya dah pergi hambat orang yang baling batu tu. @@". Segala perbuatan yang Nabi Muhammad (sallallah hu 'alaihi wasallam) tu sunnah right? So apa lagi? Jom sama-sama (sekali lagi ajak) kita ikut apa yang dia buat, iaitu cuba untuk bersabar dengan segala ujian tanpa ada batas/limit. Bukan takat bersabar je, tapi mendoakan kebaikan untuk orang lain jika kita teraniaya.
Sangat susah untuk buat benda ni, (yes, i admit it) T__T. Tapi tak susah kalau kita betul-betul nak kan? Mindset je yang kena kuat. InshaAllah kita sama-sama boleh buat. Kalau Rasulullah (sallallahu 'alaihi wasallam) boleh buat, kenapa tidak kita? Let's change it slowly! (and step by step of course).
Moga diberi kekuatan dan dipermudah segala urusan. Aamiin.
p/s: oh yeah, and sorry for the mixing of language (or "bahasa rojak"). Need to "Think" in english, going to take an english test. Tidak mengapa wahai Bahasa Melayu, tidak akan pernah ku lupakan dikau untuk digunakan dalam kehidupan seharian ku ini~ aaaiii~
1 comment:
"Sabar itu pada hentakan pertama."
Post a Comment